Bobblehead Bunny

Budak Baek
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies
Hai Peeps ^^ Welcome to my superb blog :D


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Budak Baek
Others: ? ? ?


Ukhuwah fillah abadan abada

Assalammualaikum w.b.t,
Tadi usya2 twitter jap,terjumpa 1 story yg amat menarik untuk dikongsi bersama... Cerita ini mengisahkan tentang Si Lurus dan Si kacamata :) hope you enjoy..

   Si Lurus adalah seorang yang friendly di laman sosial. Dia seorang yang suka berkawan dengan sesiapa sahaja di laman sosial. Apatah lagi yang hot kat laman sosial. Pada suatu hari Si Lurus ni berkawan dengan Si Kacamata. Si Kacamata seorang yang baik, yang selalu menasihati Si Lurus dan juga seorang yang suka menghidupkan sunnah. Pada suatu hari, Si kacamata mengajak Si Lurus pergi ke masjid untuk mendengar ceramah bersama-sama. And then, terdetik dalam hati Si Lurus,  'dia kalau keluar, mesti pakai jubah dan kopiah an? Kalau aku lepak ngan dia selalu mesti ramai awek nak aku jadi imam diaorang.'.
     Then, Si Lurus pun terimalah pelawaan Si Kacamata... Apabila tiba di masjid yang diaorang rancang nak jumpa tuh, Si Lurus tak sangka yang Si Kacamata tu just pakai t-shirt biasa ngan jeans. Sepanjang diaorang dengar ceramah tuh, diaorang senyap je. Tak cakap apa2 pun. Kemudian , Si Kacamata pun tanyalah "kenapa diam je nih?". Lalu Si Lurus pun terus membisu. Si Kacamata hampa. Pada esok harinya, Si kacamata pun bertanya kepada Si Lurus "wahai sahabat,kenapa kamu sudah tidak menegurku?,kenapa kamu sudah tidak friendly seperti dahulu?". Si Lurus tidak melayan Si Kacamata. 
    Tidak lama kemudian, Si kacamata menghantars satu mesej kepada Si Lurus "Kini, aku sudah tahu, mengapa kamu tidak menegurku,ini kerana aku tidak berpakaian seperti yang kau jangkakan, bukan?. Kamu kata aku tidak menghidupkan sunnah, tetapi sunnah bukannya dengan berpakaian jubah sahaja. Wahai Sahabat, aku meminta kepadamu agar jangan mempermainkan ukhuwah ini. Pergilah kamu berkawan dengan sahabat-sahabat kamu yang berjubah itu. Ukhuwah kita berakhir di sini. Kita bertemu kerana Allah,berpisah pun kerana Allah." Terdiam Si Lurus membaca mesej itu. Si Lurus telah sedar bahawa kata2 Si Kacamata itu benar.
    Kemudian Si Lurus menghantar mesej kepada Si Kacamata "Wahai sahabat,  kini aku sedar bahawa ukhuwah itu tidak boleh dipermainkan. Kita sepatutnya saling membimbing antara satu sama lain,kini ku sedar bahawa kau lah teman sejatiku. Aku harap kau dapat memaafkan aku. Aku harap Ukhuwah kita sepeeti yang dahulu ♥". Tetapi Si Kacamata tidak membalas mesej tersebut. Si Lurus pun try contact orang2 yang rapat dengan Si Kacamata. Rupa2 nya Si Kacamata telah meninggal dunia kerana menghidap sakit jantung. Lantas, air mata Si Lurus mengalir kerana dia sedar betapa peritnya pemergian sahabat nya. Kini, Si Lurus terus berdoa agar Si Kacamata sentiasa dirahmati Allah.
 Ukhuwah bukannya dari segi pakaian tetapi niat ikhlas untuk mengikat ukhuwah kerana Allah. :')