Bobblehead Bunny

Budak Baek
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies
Hai Peeps ^^ Welcome to my superb blog :D


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Budak Baek
Others: ? ? ?


Lovely Trip :)

Assalammualaikum.
Minggu lepas (seminggu sebelum cuti sekolah),aku pergi beberapa tempat kat Indonesia. 
Tempat yang cikai je aku mampu. Aku pergi Medan,Berastagi,Lake Toba.
Berdasarkan peta kat atas ni,Medan takde lah jauh mana dari Malaysia. Disini aku nak share pengalaman selama aku kat sana.

First Day - Jumaat 

     Aku bangun pukul 4.30 pagi. Malam jumaat tuh aku dah prepare barang siap-siap. Tinggal nak gi KLIA je. Pukul 5.00 pergi rumah kawan ayah aku. Dekat je rumah dia dari rumah kitaorang. Pastu,kitaorang naik bas. Kitaorang pergi sana ramai-ramai. Kira ni "rombongan" lah. Pastu bila dah sampai, kitaorang solat subuh kat situ. Flight kitaorang gerak pukul 7.30 pagi, Actually,ni first time aku naik flight. Perasaan Gementar tu haruslah ada. Then,kitaorang sampai lah ke Lapangan Terbang Kuala Namu. Airport ni baru lagi.
      Masih banyak yg kekurangan. Pastu kitaorang naik bas yg rombongan ni sediakan. Bas dia macam bas askar duh. Masa dalam bas tuh, ada tourist guide. Dia cakap lah nama dia pe semua. Pastu dia cakap lah sikit tentatif rombongan nih. Pastu dia bawak gi sarapan kat satu kedai ni. Kedai ni dekat-dekat ngan airport tadi. Makanan kat kedai tuh boleh tahan sedap. Aku order nasi ngan fillet ikan nila kot. (sebenarnya aku tak ingat nama ikan tuh. haha) Pastu kitaorang gerak lah gi Tasik Toba. Perjalanan dia lama giler kot. Perjalanan dia 5 jam. Pastu bila dah pukul 1 macam tu kitaorang berhenti makan dan solat. Kedai tuh sedap jugak makanan dia.
      Makanan kat sini pedas-pedas. Makanan kat sini pun lebih kurang je macam kat Malaysia. Lepas makan, kitaorang teruskan perjalanan. Masa on the way nak pergi Tasik Toba, kitaorang berhenti kat satu kedai souvenir yang jual makanan yang ada kat Medan je, takde kat Malaysia. Aku ada jugak beli sikit. Siap bawak gi asrama lagi.Pastu dalam pukul 3-4 maacam tuh kitaorang sampai kat Tasik Toba. Untuk pengetahuan semua, Lake Toba merupakan tasik yang terbesar di Asia. Tasik ni 100 kilometer panjangnya serta 30 kilometer lebarnya. Terletak di tengah bahagian utara Sumatera, dengan aras permukaan setinggi lebih kurang 900 meter (3,000 kaki). Tinggi kan? 
      Jalan dia pun jauh. Jalan dia macam nak pergi Cameron Highlands. Masa nak pergi Hotel tuh, Jalan dia seram sangat. Bagi orang Indonesia, diaorang dah biasa dah jalan macam tu. Yg x bestnya, kitaorang sampai masa tengah hujan. So, kitaorang x nampak tasik tu dengan jelas. Then bila dah sampai, kitaorang check in kat satu hotel ni, nama Hotel tu "Hotel Parapat, Tasik Toba". Bila dah check in, kitaorang solat n siap-siap untuk pergi dinner.Kitaorang dinner kat hotel tu je. Makanan kat situ boleh tahan sedap. Makanan kat situ pedas-pedas belaka. After makan, kitaorang rehat kat hotel. Sambil tu layan cerita drama indon. Haha. Cerita apa ntah, aku pun x igt.







.
.
.
.
Will be continue