Bobblehead Bunny

Budak Baek
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies
Hai Peeps ^^ Welcome to my superb blog :D


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Budak Baek
Others: ? ? ?


Razi Kingdom



Assalammualaikum and Hey gaiz,

Sekian lama aku tak update blog. Mesti ramai rindu aku kan? Hahahahahahahambar. Aku tahu. Ok, tarikh 14/11/2014 merupakan hari last day kami sekolah. Aku tahu sekolah lain belum cuti lagi kan. Tahniah la kepada mereka yang still kena sekolah tu. Every cloud has a silver lining. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih la ya.

Ok lah, masa hari jumaat, 14/11/2014. Kitaorang diberi tugasan untuk handle sendiri lah jamuan dari a sampai lah z. Alhamdulillah, kitaorang dapat handle dengan baik. Kat bawah ni antara gambar gambar jamuan kitaorang.










Sorry la, gambar selfie kat atas ni banyak muka aku. Lol. Aku harap ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhirat. Aku doakan agar semua lulus dengan cemerlang PT3 tahun depan. InsyaAllah. Dan kepada mereka yang pindah, jangan lupakan kami disini. Sekian Terima kasih.


Aidil Adha

Assalammualaikum,sempena hari Aidil-adha ini, aku nak share kisah Nabi Ibrahim dengan Nabi Ismail.

Nabi Ibrahim AS. adalah salahseorang Nabi yang termasuk ke dalam ulul ‘azmi, yaitu golongan Nabi yang salahsatu cirinya memiliki kesabaran lebih dibanding manusia biasa. Beliau juga dikenal sebagai abul adyan (baca: bapak agama). Beliau adalah pengembara spiritual (pencari Tuhan) sebagaimana dikisahkan dalam surah al-An’am ayat 75-76.
            Kesabaran beliau dapat kita ketahui melalui penulusuran kisah hidupnya. Salahsatu kisah yang menggambarkan kesabaran beliau adalah kesabaran beliau dalam penantian yang lama menunggu kelahiran seorang anak setelah menikah dengan Siti Sarah (isteri pertamanya). Dan kesabaran beliau dalam melaksanakan perintah Allah Swt. setelah memiliki anak.
Kala itu Nabi Ibrahim As. dengan sabar menunggu karunia Allah Swt.. Sampai tibalah suatu waktu, dengan kerelaan istri pertamanya ia menikah dengan Siti Hajar (istri kedua). Dari pernikahannya yang kedua inilah, ia dikaruniai anak laki-laki yang diberi nama Ismail.
Namun kebahagiaan sebagai seorang yang dirasakan Nabi Ibrahim bersama Siti Hajar kembali diuji oleh Allah Swt.. Ia diperintahkan untuk mengasingkan Siti Hajar serta Ismail yang masih bayi ke bukit Shafa yang gersang nan tandus. Tempat yang jauh dari pemukiman penduduk. Tidak mustahil banyak terdapat binatang buas di tempat tersebut. Tetapi dengan penuh ketaatan dan kesabaran berangkatlah Ibrahim mengantarkan istri dan putranya ke tempat tersebut. Kemudian meninggalkan mereka di bukit gersang nan tandus tersebut.
            Selang beberapa waktu Siti Hajar dan Ismail ditinggalkan Nabi Ibrahim, ujian menyapa mereka. Ismail merasakan kehausan. Sedangkan persediaan minuman serta makanan telah habis. Ditambah lagi air susu sang ibu tidak dapat disusukan karena telah banyak keluar tenaga dan asupan tidak ada. Namun, Ismail yang belum cukup faham dengan keadaan ibunya tetap menangis.
Siti Hajar pun diliputi kebingungan. Wajar saja, secara logika di bukit gersang nan tandus akan sangat sulit mendapatkan air. Tapi agungnya pengorbanan seorang ibu tidak terhalang oleh hal demikian. Dengan gigih Siti Hajar berlari-lari kecil (sa’i) menuju bukit Marwah. Dalam pandangannya, ia melihat genangan air di bukit tersebut. Namun, setelah didatangi ternyata yang ia dapati hanya fatamorgana. Lantas ia pun kembali lagi ke bukit Shafa karena setelah tiba di bukit Marwah ia melihat genangan air berada di bukit Shafa. Tapi yang ia dapati fatamorgana jua. Alhasil, ia hilir mudik antara Shafa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Berlari-lari kecil (baca: sa’i) ini menjadi syari’at umat Nabi Muhammad saw., sebagai salahsatu rukun ibadah haji.
            Setelah cukup lelah hilir mudik sebanyak tujuh kali antara Shafa dan Marwah, tiba-tiba ia melihat pancaran air dari tanah bawah. Tepat pada bekas jejak kaki Ismail yang selonjor. Air tersebut terus memancar keluar dari permukaan tanah. Sehingga menjadi genangan. Melihat genangan air yang semakin besar itu, Siti Hajar bersyukur atas anugerah Allah tersebut dan berkata pada air itu, “zam zam ya al ma’u” (kumpul, kumpul wahai air). Air tersebut membentuk genangan yang semakin lama semakin besar semacam sumur. Alhasil, ronta dan tangis kehausan Ismail pun dapat terobati dengan air yang penuh berkah. Bahkan sampai saat ini, air tersebut masih tetap memacarkan berkah bagi semua peminumnya dan tiada pernah kering walau sudah miliyaran orang mereguknya selama berabad-abad.
            Beberapa tahun kemudian Nabi Ibrahim mendapat ilham dari Allah melalui mimpi untuk menyembelih putranya Ismail. Tepat ketika Ismail telah tumbuh menjadi anak remaja yang ceria dan mulai terampil membantu sang ayah bekerja. Namun dengan kesabarannya, Ibrahim menyampaikan perintah Allah tersebut (ilham) yang didapat melalui mimpinya kepada Ismail dengan diliputi perasaan gundah, “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!”. Ismail menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah bapak akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (Q.S. Ash Shaaffaat:102).
Tatkala keduanya telah bersepakat melaksanakan titah Yang Mahakuasa, mereka pun pergi mencari tempat untuk melaksanakan penyembelihan. Tetapi kemudian godaan datang dari syaitan, mereka (Ibrahim dan Ismail) dipengaruhi supaya tidak jadi melaksanakannya. Tetapi dengan komitmen yang kuat mereka berdua tetap akan melaksanakan perintah Allah tersebut. Sampai Ibrahim melempar batu mengusir syaitan di beberapa tempat. Inilah asal mula disyari’atkannya lemparjumrah pada saat ibadah haji.
Setelah tiada lagi yang mengganggu, Ibrahim membaringkan anaknya. Dengan penuh kesabaran dan ketaatan, Ibrahim pun menempelkan sebilah senjata tajam (sejenis golok) ke leher Ismail. Puncak penyerahan diri yang optimal kepada Allah. Namun yang terjadi di luar dugaan mereka. Ketika senjata tajam digesekan ke leher Ismail, Allah menggantinya dengan seekor gibas (sejenis domba) yang besar. Demikian ini menjadi sunnah ibadah qurban yang kita laksanakan pada hari ‘Idul Adha dan tiga hari berikutnya.
Demikian kisah yang dialami keluarga teladan dalam mencapai ketaatan pada Yang Maha berhak ditaati. Pengalaman sang ibu yang diasingkan, ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih buah hatinya yang telah lama didambakan serta sang anak yang merelakan diri untuk disembelih.
Mudah-mudahan kita dapat meneladani kesabaran, ketaatan serta pengorbanan di jalan kebaikan yang telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim As. dan keluarganya. 



Ikhtilat

Assalammulaikum


Dalam alam maya tak payah nak ikhtilat sangat lah. Bukannya ada sentuh- sentuh pun.. Takkanlah gurau senda pun salah? Saja mengeratkan silaturrahim kata orang.. Kalau setakat main add as friend, follow memfollow tapi tak tegur buat apa, ye tak? Kenalah tegur menegur untuk merapatkan ukhwah. Kita hidup biar ramai kawan bukannya ramai lawan. Pernah dengar alasan sebegitu atau kita sendiri yang memberikan alasan sebegini? Perkataan "Ukhwah" jangan dibuat main. Kebanyakan dari kita mudah sangat untuk menjaga ikhtilat di luar, tapi di alam maya? Muhrim tak muhrim, semua langgar. Berurusan jika perlu, jauhi jika perbuatan tersebut hanya menambahkan kerja malaikat di sebelah kiri kamu. Cakap senanglah Invi.. Macam mana kalau yang peramah dengan kita tu alim? Siap berkopiah, berjubah, bertudung labuh? Dah diberi peluang, memang Stadium Bukit Jalil sanggup ku tadahkan lah.. Boleh buat calon bini atau suami lah gitu.. Dapat juga dia pimpin kita ke Jannah. *tercekik tertelan kata- kata manusia* Alim betul atau alim- alim kucing?  Tetttttt kontroversi Invi, kontroversi! Jika benar dia betul- betul berilmu dia pasti dapat menjaga adabnya. Dia pasti tahu akan yang halal dan yang haram. Biar diri itu di gelar sombong! Sebab kita di dunia mencari Redha Allah bukan Redha manusia! Jangan sesekali ukur iman, melalui pakaian. Manusia yang berseluar jeans juga mampu jadi baik. Pakaian tak dapat mengukur kebaikan seseorang tu. Dan sekiranya kamu benar- benar mahu menjadikannya pasangan hidup, cukuplah sekadar bertaaruf dan nikahilah dia, bukan bantu dia untuk menambah titik hitam di hati. Itu caranya. Bukannya bergurau senda, membincangkan hal yang tak perlu. Jika sebelum nikah kamu sudah berperangai sebegini, hilanglah kemanisan selepas bernikah nanti. 





Credit kepada Encik Google


Si Jejaka: Rugilah bro, kalau tinggal gitu je. Peluang tu, peluang! Dah orang nak peramah dengan kita, kita layan jelah.. Bukan senang nak berkawan dengan perempuan tudung litup ni haaa... Kat luar, diorang pandang sebelah mata pun tak nak. Kat alam maya ni lah, nak puaskan nafsu di hati. Kalau dia jodoh aku pun, nanti lepas nikah, taubat lah sesama. Sehati sejiwa lah katakan.


Si pemalu yang tak berapa nak pemalu: Kitorang bertegur sapa kat alam maya nak tambah kenalan je. Kitorang pun manusia biasa, nak bergaul juga sesama manusia. Mana boleh judge sesuka hati. Bergantung pada niatlah, kalau niat tu nak menggatal, memanglah malaikat sebelah kiri buat kerja. Tapi niat kitorang cuma nak merapatkan ukhwah yang terjalin je.

 Invi: Ohh ku terkedu tanpa kata.  *Sesak nafas* :confused: 




Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [Al- Israa: 32]

Niat tak menghalalkan cara, mu paham dak? Kalau niat baik, tapi guna cara yang salah buat apa... Perempuan belum lupus lagi kat dunia ni, untuk awak merapatkan ukhwah sesama mereka wahai gadis- gadis sekalian. Kesian bakal pasangan hidup kamu nanti. Ramai yang dah mengetahui banyak tentang kamu berbanding si dia yang lebih layak. Ouhh ini tidak adil, tidak adil bagi si dia ♫♫♫  Ehem! Dan untuk si jejaka- jejaka yang tidak dilayan di luar sana, dan melampiaskan nafsumu di alam maya, STOP IT!Wanita bukan barang mainanmu, bukan jua tempat untuk kau jadikan sebagai pemuas nafsu! Aku juga berperangai begitu dulu. Dah pernah terjebak dengan kancah hampir kemaksiatan seperti itu. Manusia mampu berubah! Kau layak berubah! Kau mampu tinggalkan sifat tu! Anda mampu mengubahnya... Tak susah, hanya perlu berhenti menegur. Dan untuk muslimah sejati di luar sana, jaga adabmu, jaga dirimu daripada godaan- godaan sang jejaka yang mahu menawan hatimu kemudian dijak- pijak seperti sampah! Dan wahai gegadis yang berjubah dan bertudung litup, juga jejaka- jejaka rebutan malaya yang berjubah, berserban dan berkopiah di alam maya, jaga tingkah lakumu. Manusia memerhatikanmu. Jangan hanya kerana  silap mu seorang, ramai yang berpewatakan sepertimu tetapi menjaga tingkah lakunya, terkena tempias!



"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." [An- Nur: 30]



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..." [An- Nur: 31]



Ikhtilat bukan hanya perlu dijaga di luar.  Bukan hanya ketika bertentang mata saja. Tetapi di alam maya, semasa bersms atau bercakap di telefon juga. Jangan sampai digelar dengan perkataan "gedik" baru nak sedar. Ingat! akan ada manusia yang sentiasa memerhatikan kamu dalam diam. Jika kamu tak gentar akan mata- mata yang melihat, takutilah Pencipta kamu. Malaikat yang sering menjaga di kanan dan kirimu. Apa guna kau berpakaian, pakaian yang membanggakan sehingga ada yang menyanjungmu, tapi suruhan Allah Yang Satu tidak kau pedulikan? Apakah ini pengimpi Jannah yang sebenar- benarnya? Apakah ini cara seorang bakal da'ie yang benar- benar mahu menegakkan Agama Islam? Apakah ini manusia yang benar- benar mahu menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. ? Ramai yang anggap remeh perkara- perkara sebegini. Orang yang baru berkenalan di alam maya dalam jangka masa yang singkat pun, boleh jadi mangsa rogol dan seumpamanya, lagikan kamu yang terus- terusan melayan? Tak usah tepuk dada tanya iman! Ketuk hati pakai hammer terus kalau masih mahu menolak dan menafikan. Dan tak perlu rasanya bermanja dengan ajnabi kan? Tak perlu nak berlembut sangat dengan ajnabi sehinggakan si dia terpikat kan? Apa motif buat macam tu? Tapi kalau anggap macam hubungan antara abang dengan adik tak boleh ke? Tak salah kan? Hubungan adik beradik mestilah ada manjanya. Kalau cari adik angkat yang sama jantina tak boleh ke? Kenapa mesti lain jantina?! Yang sama jantina dengan hang dah pupus ke?! Berlambak aihh yang sama jantina tu, tak nak tegur. Tegur bila perlu! Ingat! Bila perlu! Kalau setakat nak sembang kosong, tanya tengah buat apa semua, rasanya tak perlu kut.